Friday 18 December 2015

Laporan pendidikan muzik

Ketua panitia :Ng Sim Moi
Setiausaha :Yong King Hee
AJK :Ng Chun Eng, Loh Peak San , Tan Yiung, Ng Lah Hong , Yong Show Ee , Lau Chiew Hsia , Lee Moi Ching
, Cheah Chin Yan , Lim Swee Fong
Laporan Panitia Pendidikan Muzik
Pendidikan Muzik merupakan satu mata pelajaran yang penting di sekolah ,kerana ia dapat menyenangkan hati serta memberi keseronokan kepada murid-murid.
Selain daripada mempelajari murid-murid menyanyi Lagu-lagu Patriotik ,Lagu Hari Kanak-kanak dan Hari Perayaan yang lain.
Demi meningkatkan lagi mutu dan minat pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik ,guru juga menggunakan pelbagai jenis alat bantuan mengajar seperti CD ,alat-alat gendering ,rekorder dan carta-carta.
Mengikut Sukatan pelajaran yang ditetapkan murid-murid perlu mengenalkan empat aspek dalam Pendidikan Muzik iaitu Persepsi Estetik ,Pngalaman Muzikkal ,Eskpresi Kreatif dan Penghargaan Estetik.
Penilaian Pendidikan Muzik diadakan dua kali setahun untuk menguji pencapaian murid dalam pelajaran.Bahagian yang diutamakan ialah nyanyiandan meniup rekorder.Guru perlu memastikan murid-murid dapat meniup rekorder dengan cara yang betul.
Pertandingan Nyanyian Karaoke Kanak-kanak dijalankan di sekolah pada Hari Kanak-kanak untuk mencungkil bakat anak murid.Selain itu ,pihak sekolah juga menghantar wakil murid untuk mnyertai pertandingan di peringkat daerah.
Panitia Muzik juga bertanggungjawab menyiarkan lagu-lagu symphoni pada waktu awal pagi supaya meng ujudkan suasana yang harmoni di sekolah.

No comments:

Post a Comment