Definisi Pendidikan Muzik
- DEFINISI MUZIK
- Menurut
Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek
pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan
kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.
- DEFINISI PERGERAKAN Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah
dengan cara “ melakukan” (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana
tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan
pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang
mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai
respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.
- Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara
- Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagaipergerakan badan
- KEPENTINGAN PERGERAKAN Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi
aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi
pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi
dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang
bersifat ‘non verbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap
kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah
kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan
kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
- KEPENTINGAN MUZIK dan PERGERAKAN TERHADAP :
- - Aktiviti muzik memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan.
Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan
kanak-kanak.
- - Meningkatkan daya pendengaran
- - Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah.
- - Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk
menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik
yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak.
-
- - Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat
pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang
didengar.
- - Meningkatkan kemahiran motor.
- - Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan.
- - Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk
keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi
secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan
keyakinan diri.
- - Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong
kanak-kanak mengubah suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif
mengikut ciptaan sendiri.
- 5 jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah ke kompleks
- Gerakan mengikut lirik lagu
- Gerakan asas dengan muzik
- Interpretasi muzik dengan gerakan
- Gerakan bebas dengan muzik
- Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema
- PENDEKATAN DALCROZE
- Irama adalah pendekatan asas dalam
- Irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak
- Elemen irama dan dinamik-berkait rapat dengan pergerakan
- Kesemua degree dalam tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami, dan diekspresikan dengan badan
- PENGLIBATAN
- Eurhythmics memerlukan penglibat individu
secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan
serta emosi diri secara total di mana individu perlu
- Berimaginasi kuat( strong imagination)
- Bertindak/respon/bergerak
- KECERDASAN MUZIK
- Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta muzik .
- Sensitif dengan bunyi dipersekitaran.
- Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.
- KECERDASAN KINESTETIK
- Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
- Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh.
- Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
- Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental.
- PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK Umur perkembangan Lahir- 4 bulan
Kesedaran muzik bermula : bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal
dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi
tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik
dimainkan. 4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif: bayi mula
mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula
menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan
pergerakan kepala atau wajah ke arah sumber muzik. 10-18 bulan
Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis
muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi
yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan
ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan
mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang
disukainya.
- 18 bulan – 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di
persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Kanak-kanak mula
mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari
muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi
terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik
atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik. 2 - 3 tahun
Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk ‘menari’
mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun,
menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama
yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak
menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti
penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak
boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa
minit pada sesuatu masa.
- 3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap
ini, perubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu
beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia
mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik (
misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat
dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat.
4 – 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak
boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia
dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah
tahap ‘pendengaran aktif’. Dengan dorongan, keinginan anak untuk
mendengar muzik akan meningkat. 5 – 6 tahun Keselarasan gerak tari
bermula : meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan
pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk
menari. Kanak-kanak mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki
serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu kaki
dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga
mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.
- MENYANYI Peringkat umur Perkembangan Lahir – 4 bulan Tangisan
pertama bayi adalah ‘muzik’: Tangisan bayi pertama bayi sangat penting
untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan
pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi
mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik,
bubling, jeritan dan mula ‘bercakap yang bukan-bukan’ mengulangi suara
seperti “ba-ba-ba.” 6 – 18 bulan Bercakap makin meningkat, memuatkan
ciri-ciri muzikal lebih jelas : ketika kanak-kanak terus untuk
bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya.
Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin
meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada
satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.
- 18 bulan – 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi
merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia
mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunakan suku
kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati
lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa
dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang. 3 ½ - 4 tahun
Ketepatan dalam persamaan ton bermula : sekarang anak mula menyanyi
hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta
lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu
mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.
- 4 – 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan
peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama.
Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan
lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat
dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi
sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti
melodi kegemarannya. 5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang,
pengiktirafan dan penghargaan meningkat : Kebanyakan anak kini
menghasilkan lagu-lagu mudah.
- BERMAIN ALAT MUZIK Peringkat umur Perkembangan 6 – 9 bulan Bayi
suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia : koordinasi
mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk
mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan
bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua
benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi. 18 bulan – 2
tahun Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi : Anda
mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu
seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka
bunyi.
- 2- 3 ½ tahun Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada
tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan
rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang
menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan
alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya
sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya. 4- 5 tahun
Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar : Pada
tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat
muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi
lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.
- CONTOH PERALATAN MUZIK
- BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN
- Muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
- Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak
- Muzik dan pergerakan penting untuk semua kanak-kanak termasuklah kanak-kanak kurang upaya.
- Guru haruslah membuat pengubahsuaian terhadap aktiviti yang dijalankan.
- Membantu kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka sebebas mungkin dan dapat memberikan pengalaman kepada mereka.
- Berikut adalah panduan dalam merancang aktiviti muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak kurang upaya
-
- Teknik mengajar yang baik untuk kanak-kanak berkeperluan khas
- Guna banyak pendekatan yang berbeza dengan pelbagai media untuk meningkatkan variasi dan kelajuan.
- Guna segmen-segmen kecil.
- Membangun keakraban, memberi pengalaman.
- Menyediakan pilihan kegiatan yang sesuai.
- Cuba melakukan pergerakan yang sukar tapi dapat diikuti oleh kanak-kanak.
- Mengenali perbezaan dalam pemerhatian.
- Elakkan rangsangan berlebihan atau aktiviti yang panjang.
- Ingat keseimbangan dalam aktiviti.
- Mengelak daripada melakukan kejutan.
- Membangun kejayaan kepada kanak-kanak.
- Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khusus
- kanak-kanak ketidakupayaan atau kegagalan belajar
- Merujuk kepada kecacatan kanak-kanak seperti disleksia,
masalah pendengaran dan masalah penglihatan, gangguan perhatian dan
masalah ingatan dan sebagainya.
- Kanak-kanak dengan Attention deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD) tidak boleh duduk atau turut serta dalam kegiatan muzik
yang lama dengan ahli kumpulan lain.
- Salah satu cara guru-guru dapat membantu mereka untuk
fokus pada gerakan muzik dan pergerakan adalah membawa mereka ke lokasi
tertentu dan memuji mereka untuk tetap pada tugas.
- Melakukan muzik dan aktiviti gerakan secara individual.
- memberikan headphone untuk kanak-kanak untuk mendengar
muzik atau memperkenalkan mereka kepada komputer animasi dengan iringan
muzik sebagai cara untuk membantu kanak-kanak dalam melakukan
pergerakan dalam muzik.
-
- BAYI(INFANTS)
- Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik.
- Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan
´mood´ mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya
dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka
mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.
- Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat
ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi
dalam keadaan sedar dan jaga.
- Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan
anggota badan mereka, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng
digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka.
Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik
sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat
mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh
menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.
- Stimulasi pendengaran bayi
- Sejak lahir hingga 1 tahun,
kebanyakkan bayi mula memperbaiki kemampuan mereka untuk mendengar
suara atau bunyi yang berbeza di persekitaran mereka.
- Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai bunyi dan belajar untuk menumpukan perhatian mereka.
- Muzik merupakan pengalaman yang tak ternilai sebagai seorang bayi untuk meningkatkan kemahiran mendengar.
- Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan apabila mendengar muzik.
- KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS )
- Apabila bayi mula membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik.
- Kanak-kanak ini boleh bermain dengan alat muzik seperti kastenat, kerincing, tamburin dan sebagainya.
- Di taska, guru perlu mengajar kanak-kanak ini memainkan alat-alat muzik tersebut.
- Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik
sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu
kanak-kanak.
- Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi setiap muzik yang ditunjukkan.
- PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK & PERGERAKAN
- Mulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak.
- Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya tema “anggota badan”.
- Sediakan aktiviti yang fleksibel
- Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut tahap umur dan tahap kebolehan mereka.
- Gunakan bahasa yang mudah difahami.
- Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset
ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya
dapat merangsang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik.
- Sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas
terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan
lokomotor seperti:
-
- Muzik & Pergerakan Untuk Kanak-Kanak 3 Tahun
- Telah mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang memberangsangkan.
- Mampu menggolek, membaling dan menyepak yang boleh diaplikasikan dengan muzik.
- Mestilah merangkumi nyanyian, tarian, pendengaran dan permainan alat muzik
- Tindak Balas Kanak-kanak Terhadap Bunyi & Pergerakan
- Akan
menggerakkan badan, bertepuk tangan, membengkokkan lutut mereka,
memusingkan lengan dan menganggukkan kepala dalam keadaan bertenaga.
- Sangat aktif dan menyukai muzik yang rancak.
- Mampu menyanyikan beberapa patah perkataan, menyukai permainan drama dan khayalan.
- Mula minat untuk bermain alat muzik seperti drum, tamborin dan kayu stick.
- Panduan Mengajar Muzik Untuk Kanak-kanak 3 Tahun
- Muzik yang dipilih mestilah bersesuai dengan perkembangan mereka.
- Mengajar dalam kumpulan yang kecil .
- Ketika mengajar muzik, cuba selitkan dengan nyanyian spontan seketika.
- Memperkenalkan alatan muzik satu persatu kanak-kanak dan membunyikan alat tersebut.
- MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 4 – 8 TAHUN (KINDERGARTEN AND EARLY PRIMARY)
- Kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut muzik
- Terdapat beberapa tahap perkembangan kanak-kanak dalam melakukan pergerakan mengikut muzik
- Antaranta ialah Tahap rendah, Tahap tengah, Tahap tinggi
- Tahap perkembangan (Low level)
- Antara akitiviti yang dilakukan ialah
- Berjalan sambil mengheret kaki
- Bergerak ke belakang dan depan
- Tahap perkembangan (Middle level)
- Berjalan dengan empat kaki
- Tahap perkembangan (High level)
- Dapat menggunaka tongkat Pogo
- Berjalan sambil memegang bendera
- Berjalan menggunakan lutut
- Dapat melompat dan berlari
- Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi
- Pergerakan dapar menggambarkan perwatakan kanak-kanak
- Pergerakan juga dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak (spt, berfantasi)
- Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan
- Mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak, bila kanak-kanak bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan
- Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya
- Pergerakan dan muzik sebagai satu permainan
- Meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak melalui pergerakan
- Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara spontan
- Muzik dan pergerakan dan bahasa seni
- Muzik nyanyian sangat baik untuk mengembangkan bahasa kanak-kanak
- Dapat membantu kanak-kanak memezakan antara perkatan, huruf dan suku kata
- Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan seni kata dalam lagu, kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa
- Muzik dan pergerakan merupakan satu cara kanak-kanak meningkatkan penguasaan bahasa mereka
- Muzik dan kemahiran membaca
- Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanak-kanak dapat menerokai perkataan baru dan dapat menambah kosa kata mereka
- Muzik, pergerakan dan matematik
- Puzzle dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemhiran matematik mereka
- Contohnya, kanak-kanak akan belajar tentang
- Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan membesar dan mengecilkan badan mereka
- KESIMPULAN
- Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan program pra sekolah.
- Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan
nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi
peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar.
- Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan
perasaan, keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni
muzik dan kemahiran muzik.
No comments:
Post a Comment